dc.description.abstract | Tujuan penulisan wacana falsafah pendidikan Islam terhadap psikologi pendidikan Islam dalam pendidikan Islam adalah untuk menghuraikan secara kritis wacana kedua-dua kajian ilmiah ini dalam dunia pendidikan. Kaedah dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan menggunakan data yang relevan dengan falsafah pendidikan, falsafah pendidikan Islam, dan psikologi pendidikan Islam. Teknik analisis dalam kajian ini ialah analisis tematik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa falsafah pendidikan Islam terhadap psikologi pendidikan Islam merupakan teras falsafah pendidikan yang memandang pendidikan sebagai proses memanusiakan pelajar sebagai individu atau kumpulan manusia yang meningkatkan potensi manusianya, agar mereka mampu berkembang dan mengaktualisasikan diri dengan segala potensi asalnya (fitrah) yang ada dalam dirinya secara psikologis. Nilai-nilai fitrah telah melekat pada pendidikan Islam, di antaranya pendidik dalam mendidik anak-anaknya harus mengutamakan falsafah kemanusiaan secara jasmani dan rohani, yaitu cinta (QS. Ali Imran: ayat 31, QS. al-Hujaraat: ayat 7, QS. at-Taubat: ayat 103 ), belas kasihan (Qs. ar-Rum: ayat 21, Qs. Maryam: 96, QS. al-An’am: 12 dan 54, QS. al-Hadid: 27), pengajaran yang baik (QS. Al-Ahzab : 21, QS. An-Nahl: 125, QS. Al-Mujadalah: 11, QS. at-Taubah: 122), silaturahim (QS. Az-Zukhruf: 67, QS.( Ali-Imran: 52 dan 104), menegakkan keadilan (QS. Luqman: 17, QS. an-Nisa: 135, QS. An-Nahl: 76, QS. Al-Maidah: 8), sentiasa berusaha untuk memperoleh kebaikan (QS. al-A’raf: 56, QS. .al-Isra’: 7, QS. al-Maidah: 100), sehingga dalam pendidikan terdapat komunikasi atau interaksi dua hala, bahkan multi-way atau transaksi (QS. al-Baqarah: 133, dan QS. as-Saffat: 102) | en_US |